Unit Amanah : Pengalaman Peribadi Pelaburan Unit Amanah

Aku mula-mula melabur unit amanah (unit trust) ni pada 17 Mac 2011. Tak perlu cerita dana mana dan syarikat mana. Sebab waktu itu, kalau orang melabur dalam unit amanah (unit trust) selain ASB/ASN, destinasinya adalah “Syarikat No#1”sahaja; That was the trend.

Seperti biasa, kita melabur mungkin sebab sebab kawan kite ejen, atau saudara-mara kita ejen. Dan semua yang dia cakap mesti betul dan mesti sounds convincing. Ayat pancing Retire As A Millionaire itu sudah jadi perkara standard. Sebelum melabur dengan mengeluarkan duit Akaun 1 KWSP, ejen pasti akan sembang-gebang pasal dividen. Ada yang kata sampai 10% dividensetahun, malah ada yang gebang lebih dari tu.

Sungguh dahsyat!

Pada suatu hari, aku buat keputusan nak review pelaburan aku. Maklumlah, bile melabur pakai duit KWSP ini, kenalah peka sikit. Aku kira pakai matematik mudah sahaja. Katalah initial investment aku RM10,000. Dividen yang ejen aku gebang dulu busuk-busuk pon 10% setahun, maka sepatutnya:

Tahun Pertama: Initial investment RM10,000 (contoh)

Tahun Kedua dapat Dividen 10%
:RM10,000 x 10% = RM1000
RM10,000 + RM1,000 = RM11,000

Tahun Ketiga dapat lagi Dividen 10%
:RM11,000 x 10% = RM1100
RM11,000 + RM1100 = RM12,100

Daripada pengiraan mudah diatas, sudah jelas bahawa sekiranya pelaburan asal aku tidak berkembang sehinga ia bernilai sekurang-kurangnya RM12,100; maka jelas lah bahawa dana tersebut tidak memberikan pulangan 10% setahun seperti yang ejen cerita.

[Harus diingatkan] Pengiraan secara matematik mudah ni, hanyalah satu daripada beberapa cara untuk tentusahkan samada Amanah Saham dimana kita melabur itu menepati dan memenuhi prestasi (performance) dijanjikan.

Lepas itu aku give up dengan performance pelaburan duit KWSP aku dengan “Fund House #1”, aku keluarkan (withdraw) semua duit pelaburan KWSP aku dari unit amanah (unit trust)  itu dan aku laburkan ke Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sejak 26 Mac 2013.

It was a no-brainer decision. Kerana pada masa tu, matlamat utama aku ialah mencari:

  1. Pelaburan Amanah Saham yang disahkan Patuh Syariah
  2. Aku nak dapat dividen yang 100% Patuh Syariah.
  3. Aku nak pelaburan Amanah Saham dengan Sales Charge paling minimum.

Pada masa itu, Amanah Hartanah Bumiputera menepati selera pelaburan yang aku hendak untuk dana persaraan aku. AHB sememangnya satu pelaburan unit amanah (unit trust) yang telah disahkan Patuh Syariah, dan AHB bayar zakat siap-siap keatas pendapatan pelaburan.

Sales charge? 0% beb!!!
)Pssst! Ade gaya ayat iklan tak?)

Setiap 6 bulan, Amanah Hartanah Bumiputera masukkan dividen directly ke Akaun 1 KWSP aku, dan setiap tiga bulan aku akan tambah pelaburan ke AHB dari Akaun 1 KWSP aku. Nak tau sejarah agihan dividen AHB, boleh klik sini.

In the mean time, aku fokus untuk belajar macam-mana nak “sukat” performance pelaburan semua Unit Trust yang ada di pasaran tanpa perlu bergantung kepada ejen Unit Trust. Alhamdulillah! Aku berjaya jumpa 4 sumber bebas untuk tentusahkan performance hampir semua Unit Trust yang ada di pasaran Malaysia.

Hari ni, selain daripada Amanah Hartanah Bumiputera, aku dah pun melabur dalam 3 Unit Trust Patuh Syariah tambahan dimana performance jangka masa panjang untuk ketiga-tiga dana telah disahkan secara bebas. Dana-dana yang aku ada pelaburan dari duit Akaun 1 KWSP pada masa ni:

1) Kenanga Syariah Growth Fund
2) Eastspring Investments Dana al-Ilham
3) PMB Shariah Aggressive Fund

Kalau aku stay dengan pelaburan dari dana “Fundhouse #1” tu dari 2011, return yang aku dapat hari ni (5 tahun kemudian) adalah lebih rendah daripada KWSP, lebih rendah dari AHB dan lebih rendah dari Tabung Haji.

Cukuplah Morningstar menjadi saksi.

 

Sumber: Tuan Penasihat – Pengalaman Peribadi