Unit Amanah : 9 Soalan Tentang Unit Amanah

Unit Amanah, Unit Amanah, Saham Amanah, Amanah Saham?

Ini semua adalah benda yang sama. Ramai yang masih keliru. Saham amanah dengan Bursa Saham pula? Itu perkara yang hampir sama tapi berbeza. Jom ini perkongsian apa itu Unit Amanah sebenarnya.

 

Apa Itu Unit Amanah?

Unit Amanah adalah produk keluaran  Syarikat Pengurusan Unit Amanah yang mengumpul duit-duit pelabur daripada pelabur untuk dilaburkan (bagi pihak pelabur), dengan ‘ikatan amanah’.

Di mana duit ini dilaburkan? Pengurusa Dana atau Fund Manager akan laburkan duit ini dalam pasaran saham sama ada di dalam atau luar negara.

Jangan risau, pelaburan anda dipantau oleh pihak-pihak bertanggungjawab. Laporan untuk setiap dana ini boleh dibaca oleh pelabur di laman web syarikat terbabit.

 

Siapa Yang Boleh Melabur di Unit Amanah?

Jika anda 18 tahun ke atas, dah layak membuka akaun Unit Amanah.

Jika masih di bawah 18 tahun, ibu bapa/penjaga boleh menjadi pemegang pertama (First Holder), dan anak sebagai pemegang bersama (Joint Holder).

Pemegang Bersama (Joint Holder) tiada kuasa untuk mengeluarkan pelaburan daripada Unit Amanah tanpa ada tandatangan dari Pemegang Pertama (First Holder).

 

Berapa Ringgit Minimum Yang Boleh Dilaburkan Dalam Unit Amanah?

Untuk permulaan, jumlah minimum adalam RM1,000. Ini untuk pelaburan tunai dan KWSP. Ada juga dana boleh dimulakan dengan RM100 sahaja. Kena lihat dana tersebut, untuk mengetahui minimum untuk membuka dana tersebut.

Dan pelabur boleh membeli tambahan unit dengan jumlah serendah RM100. Dan tiada had maksimum (sehingga kini)

 

Cara Melabur Dalam Unit Amanah?

Ada 3 cara yang boleh dipraktikkan (dan selalu digembar-gemburkan);

  1. Secara bayaran tunai setiap bulan.
  2. Secara lump-sum.
  3. Menggunakan Akaun 1 KWSP. (Labur tanpa menggunakan tunai di tangan)

Mana satu yang OK? Kalau berduit lebih, pilih secara lump-sum. Jika tiada, dan mahu juga melabur. Pilih No. 1 dan buat secara konsisten. Jika tiada tunai, tetapi banyak amaun di KWSP, pilih cara 3.

 

Unit Amanah Ini Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek atau Jangka Masa Panjang?

Untuk jawab soalan ini, ini bergantung kepada strategi masing-masing.

i) Tidak sesuai untuk jangka masa pendek (kurang 3 tahun). Pelaburan unit amanah mempunyai kos pengurusan (management cost) dan kos jualan (sales charge) yang tinggi. Dana berbeza, mempunyai caj berbeza.

ii) Sesuai untuk jangka masa sederhana (3-5 tahun).

iii) Sangat sesuai untuk jangka masa panjang (lebih 5 tahun). Sangat digalakkan untuk dana persaraan atau dana pendidikan anak masuk universiti.

Senang Tak Nak Dapatkan Duit Semula? 

Unit amanah mempunyai kadar kecairan yang tinggi. Pelabur boleh menjual kembali unit pegangan mereka dan duit akan dimasukkan terus ke akaun peribadi dalam masa 10 hari bekerja.

 

Berapa Kos Pengurusan Unit Amanah?

  1. Sales Charge : Dikenakan hanya sekali untuk setiap transaksi pembelian.
  2. Management Fee : Dikenakan setahun sekali
  3. Trustee Fee : Dikenakan setahun sekali
  4. Switching Fee : Dikenakan jika pelabur ingin menukar ke dana pelaburan lain
  5. Redemption Fee : dikenakan jika pelabur ingin menjual unit pegangan dalam tempoh tertentu.

 

Berapa Purata Pulangan Daripada Unit Amanah?

Secara keseluruhannya, daripada laporan Bank Negara (2002 – 2012) purata pulangan seperti berikut:

Akaun Simpanan Bank (Biasa) : 1.30%
Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit) : 3.47%
Unit Amanah : 9.78% (Purata pulangan semua dana ekuiti di Malaysia)

Apa-apa pun, ini semua bergantung jenis dana, strategi pelaburan dan keadaan pasaran semasa.

Macam Mana Nak Mula Melabur Dalam Unit Amanah?

Lebih mudah, anda boleh melabur di sini. Tanpa memerlukan ejen-ejen atau konsultan kewangan Unit Amanah. Boleh pergi ke sini : E-Unit Trust

 

Unit Amanah Mana Yang Bagus?

Setiap pelaburan ada risiko dan baik buruknya. Selalu selalulah berdiskusi penasihat kewangan (Financial Advisor) ataupun perancang kewangan (Financial Planner)

Selamat melabur!

 

Sumber: JMR23